Monday, February 16, 2009


Renungan hari ini......
Lelaki atau wanita bahagia adalah suatu fokus pancaran kehendak baik dan ketika mereka masuk ke dalam suatu ruangan , cahaya menyinarinya seakan- akan ada lima tambahan yang dinyalakan

you're in a million



Bila Langit mulai mendung

Bila hujan mula menitis......Bila langit mendung....Astaghfirulahal'azim.........Bila langit mula mendung, kekadang terdengar bebelan orang-orang disekeliling kita "Cuaca buruk je akhir-akhir ni ye.." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..- Alahai, hujan laaagiiii- Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni- Payah nak buat apa2 kalau hujan- Tak boleh balik lagi, hujan!Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan doa :"Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).Hakikatnya, hujan itu rahmat."Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa beritayang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya iaitu hujan), hinggaapabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan denganawan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagaijenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkansemula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambilpelajaran daripadanya)." (Al-A'raf : 57)Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.1. Membersihkan udara2. Menyubur tanaman3. Membekal air ke empanganIni sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram ni..?" Macambiasa dengar ayat tu kan? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengansuasana muram/tak best. Kesian hujan.Sedarkah kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebabitu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, doa mustajab.Sekarang ini, di tempat kita hampir tiap-tiap hari hujan. Tiap-tiap hari ada masa untuk doa menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluangdengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yangmencurah-curah" (al-Qamar : 11)Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga,hari esok akan lebih baik.. Dalam ilmu tasawwuf dan ilmu-ilmu fardhuAin lain pun ada juga mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah.Lihatlah firman Allah yg bermaksud :"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu,serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ini kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada kita sekarang ini ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi.Selama mana? Itu semua rahsia Allah"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kamiberikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)Semoga ada iktibar untuk peringatan kita."Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dankepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Diaserta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)


LOBAK,TELUR DAN KOPI
Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan menanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Ia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehdupan. Ia sudah letih untuk berjuang. Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baru.Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Ia mengisi 3 periuk dengan air dan menaruhnya di atas api. Setelah air di ketiga-tiga periuk2 tersebut mendidih. Ia menaruh lobak merah di dalam periuk pertama, telur di periuk kedua dan ia menaruh serbuk kopi di periuk terakhir. Ia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar, memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya. Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Ia menyisihkan lobak dan menaruhnya dimangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk yang lain, dan menuangkan kopi di mangkuk lainnya. Lalu ia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?" "Lobak, telur, dan kopi" jawab si anak.Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasakan lobak itu. Ia melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak. Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, ia mendapati sebuah telur rebus yang mengeras. Terakhir, ayahnya memintanya untuk mencicipi kopi. Ia tersenyum ketika mencicipi kopi dengan aromanya yang khas.Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, Ayah?" Ayahnya menerangkan bahawa ketiganya telah menghadapi kesulitan yang sama, perebusan, tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeda. Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak. Telur sebelumnya mudah pecah. Cangkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut."Kamu termasuk yang mana?," tanya ayahnya. "Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui...Ketika kesukaran dan kesulitan mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau kopi?"Bagaimana dengan anda?Apakah anda adalah lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kamu menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatanmu.Atau... Apakah kamu adalah telur, yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perceraian atau kegagalan menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kamu menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku?Ataukah kamu adalah serbuk kopi? Serbuk kopi merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksimal pada suhu 100 darjah Celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat. Jika kamu seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk, kamu akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitarmu juga menjadi semakin baik

SAHABATKU
KITA BERADA PADA SATU LANDASAN YANG SAMA...IMPIAN KITA MUNGKIN BERBEZA...NAMUN YANG SAMA ADALAH KITA ADALAH BAKAL KAUNSELOR...SAMA- SAMALAH KITA BERJUANG SEHINGGA KE NOKTAH YANG TERAKHIR...SEHINGGALAH KITA BERJAYA MENGGENGAM SEGULUNG IJAZAH ...SEGULUNG IJAZAH UNTUK KITA HADIAHKAN PADA DIRI SENDIRI DAN YANG TERISTIMEWANYA UNTUK AYAH IBU KITA...
TEDDY BEAR OH TEDDY BEAR


Cantik sungguh teddy bear- teddy bear ni. Kalaulah dapat aku miliki semuanya?? Seringkali kita mengatakan begitu pada diri kita. Untuk memiliki semua yang kita kehendaki. Tapi hakikatnya kita tidak boleh terlalu tamak sehingga melupakan kepentingan yang lain. Begitulah juga kita sebagai pelajar. Kita tidak boleh terlalu mengejar kesemua perkara sekaligus. Dari sudut yang lain, memanglah bagus untuk kita memasang impian, tetapi dari sudut yang lain akan membuatkan kita terlalu rakus. Janganlah jadi seperti kata pepatah " Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Dengan kata mudah, dalam kita menuntut ilmu, kita hendaklah fokus kepada apa yang penting sahaja. Jangan terfokus perkara yang tak penting. Apa yang penting kita dahulukan, apa yang tak penting kita ketepikan. Pun begitu, kita ni hanya manusia biasa. Berhak untuk memiliki apa yang kita inginkan dalam hidup ini. Tanya diri sendiri, apakah kita mampu untuk memiliki kesemua yang kita hajati ??? Yang penting, tugas kita sebagai pelajar tidak kita abaikan.

Sunday, February 15, 2009

KATA- KATA BIJAK PANDAI

"Bukannya pada kebisingan di jalan yang riuh
Bukannya di tengah teriakan dan sorakan orang ramai
Melainkan pada diri kita sendirilah terdapat kemenangan dan kekalahan."
( HENRY WADSWORTH LONGFELOW)

"Tidak ada penghalang bagi genius sehingga tidak dapat dikatakan kepadanya.
Hanya samoai disini dan tidak boleh lebih jauh."
( LUDWIFW VAN BEETHOVEN)

" Bagaimana kita boleh berharap untuk sampai, apabila kita tidak
tahu kemana kita pergi!"
(SIDNEY NEWTON BREMER)

" Rahsia kejayaan terletak pada ketetapan dalam tujuan "
( BENJAMIN DISRAELI)

" Harapan seperti sekilas cahaya
Menerangi dan memeriahkan jalan kita
Dan ketika kelam semakin menyelubungi malam
Memancar cahaya yang lebih tajam."
( OLIVER GOLDSMITH)

" Nilai sesungguhnya dari seorang manusia ditentukan
oleh tujuan yang dikejarnya".
( MARCUS AURELIUS)

" Kebijaksanaan paling benar adalah ketetapan hati yang pasti."
( NAPOLEON BONAPARTE)

Saturday, February 14, 2009

Salam 15 feb

Saat ni, aku baru je pas makan ubat.. Hari2 aku kena ambik ubat. Dah 5 bulan hidup aku bergantung ngan ubat. Kalau tak makan sehari, aku takleh nk belajar dan takleh nk hidup macam org lain. Kadang2 aku tension jugak. Tapi aku terima sebagai suratan Ilahi. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ni. Aku try jugak tak nak hidup tanpa ubat, tp aku tak boleh. Aku dah cuba, tp aku yg akan menanggung deritanya. Takpelah, aku akan terus ambik ubat supaya aku juga boleh hidup macam orang lain. Ya allah, lepaskanlah aku dari derita ini. Tolonglah hambamu ini.
MUTIARA KATA HARI INI..14 FEB

hidup ini indah jika selalu dengannya....
hidup ini indah jika selalu melihat senyumnya....
hidup ini indah jika saling menyayangi sesama insan
hidup ini indah jika saling "mencintai"
hidup ini indah jika tanpa kemalasan
hidup ini indah jika kita lebih dari sekadar "positif thinking"
hidup ini indah jika kita selalu bersyukur kepada-Nya

HIDUP INI TERSANGAT INDAH JIKA KITA SENTIASA BERADA DI BAWAH PAYUNG RAHMAT-NYA

Ibu oh ibu.....

Orang kata aku lahir dari perut ibu..

Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu

Bila lapar, yang suapkan aku..ibu

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu

Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!

Bila bangun tidur, aku cari.. ibu

Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu

Bila nak bermanja... aku dekati ibu

Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu

Bila nakal, yang memarahi aku... ibu

Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu

Bila melakukan kesalahan... yang paling cepatmarah..ibu

Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu

Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..IbuBila sedih, aku mesti talipon... Ibu

Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu... IbuBila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu

Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu!

"Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu

Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu

Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu

Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu

Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu

Yang selalu berleter kat aku.. Ibu

Yang selalu puji aku.. Ibu

Yang selalu nasihat aku.. Ibu

Ibu, engkaulah ratu hatiku...Sayang ibu...

Friday, February 13, 2009

Secebis tinta

Semangat dan azam untuk hidup hari ini tanpa kesedihan,
tanpa keresahan,
tanpa kemarahan,
tanpa kebencian,
tanpa kedengkian.

Usah dibandingkan apa yang kita ada dengan orang lain, tetapi bersukurlah dengan pemberian Ilahi. Kerna kita lebih bertuah jika dibandingkan dengan orang yang lebih malang dari kita.

i

Secangkir cinta buatmu,

Hatiku telah kau tawani,
Cintaku telah kau kuasai,
Diriku bakal kau miliki,
Harapanku hanya satu,
Hargailah diriku,
Sayangilah aku,
Cintailah aku sepenuh hatimu,
Sepertimana aku mencintaimu.

Doaku hanya satu,
Kekalkanlah diriku dalam hatimu,
Kerna aku menyayangimu,
Tiada dua atau tiga,
Hanya dirimu yang bertakhta,
Selamilah jiwaku,
Fahamilah isi hatiku,
Di dasarnya hanya ada kamu,
Selamanya di hatiku....

Wednesday, February 11, 2009

Lagu : Wanita yang kau pilih

malam selalu panjang
di waktu aku merindukanmu
kau bisa menjaga aku
hingga diriku merasa teduh
aku seperti kamu
menginginkan dan memerlukanmu
karena kita tak mampu
untuk selalu pergi menjauh
kau jadikan aku ini
wanita yang kau pilih
untuk jadi kekasihmu
dan kau pun tlah aku minta
setia sepertiku
hingga waktunya tiba
aku percaya penuh
kau kan buatku bahagia
karena cinta tercipta
datangnya dari dalam hatiku
Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu? Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa sidia jodoh (soulmate) kita atau bukan?

Petanda 1

Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan, adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!


Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu..Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...


Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.


Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...


Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa bererti dia sudah siap menerima kamu seadanya..


Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu >tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!


Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan! Apakah kelapan² petanda di atas telah kamu temukan padanya?
"Manusia Hawa diciptakan dari rusuk manusia Adam, bukan dari kepalanya untuk dijunjung diatasnya, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya, tetapi disisnya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat pada lengannya utk dilindungi & dekat dihatinya untuk dicintai"

Dikau sahabat,dikau teman

KITA BERLIMA, SATU JIWA, SATU RASA

Sem 1 kita bertemu...masing- masing malu- malu, cover ayu dan macam- macam lagi lah. Bila dikenangkan kembali, lucu plak. Tapi disitulah bermulanya persahabatan kita hinggalah ke hari ini. Pelbagai suka duka yang kita alami, namun itulah yang lebih menguatkan persahabatan kita. Pantai mana yg tak pernah dilambung ombak, bumi mana yang tak pernah ditimpa hujan. Begitulah juga dengan persahabatan kita. Tapi, kerana teguhnya ikatan yang kita bina, ianya dapat diatasi. Tanpa kalian semua, da tak mampu untuk berdiri sebagaimana hari ini. Jadikan persahabatan kita sebagai satu lagenda yang unik.

Amal

Susah senang kita bersama..dari sem 1 sampailah sekarang. Seperti kata ko, rahsiaku rahsiamu jua. Aku sayangkan ko. Ko lah tempat aku mengadu, tempat aku menangis dan tempat aku meluahkan perasaan. Ko banyak tahu rahsia aku. Aku harap persahabatan kita akan kekal selamanya walaupun kita dah kahwin dan ada anak. Hehehe. Nnti, jangan lupa, pesan kat anak ko, panggil aku mok cik da ye..

Ct

Kita pernah duk sebilik..Aku mintak maaf klu aku ni suka membebel kat ko yer..aku syg ko. Jujur aku nk cakap, ko mempunyai sepasang mata yang sgt cntik. Jdi, mata ko tu , ko pndglah si dia sorang je tau. Aku kagum dengan keperibadian ko. Ko bijak berdikari, boleh sesuaikan diri dengan keadaan di sini walaupun ko dtg sini dulu sorang2. Tak semua mampu menjadi spt ko tau. Aku pun tak mampu utk jadi spt ko. Jadi, aku harap ko lebih tabah wlupun berjauhan dgn keluarga. Klu ko ada mslh, aku sedia membantu. Ingatlah, ko tak berseorangan disini. Ko masih ada aku, dila , amal dan ciwa. Kitaorang adalah sahabat ko.

Wa

Adakalanya kita berselisih pendapat, tapi kita still rapat. Da sayangkan wa. Da nk sangat suatu saat nnti, kita berlima bercuti bersama . Mesti best kan. Kenangan antara kita akan tetap terpahat di jiwa da. Klu dah bergelar raja sehari, jangan lupa jemput da yer. Boleh merasa nasi minyak Penang.

Dila

Sahabatku, ko lah yg paling cute tau. Macam baby...Da tumpang bahagia sbb khdupan dila lbh bermakna sekarang. Dila tentu faham maksud da kan. Dila berhak utk bahagia, jangan biarkan org meyakiti kita. Da harap dia dapat jaga dila baik2, klu x, siap dia. Hehehee...Kita pernah merasa kecewa bersama dulu, dan sekarang kita juga bahagia . Tuhan tu Maha Adil kan, Dia tahu siapa yang terbaik utk kita. Dila...rasailah kebahagiaan sekarang dengan sepenuh jiwamu ...

JADIKAN PERSAHABATAN KITA SETEGUH TEMBOK BESAR CINA DAN SEHEBAT LAGENDA TAJ MAHAL.

Yang patah akan tumbuh, hilang kan berganti

12 Februari

Pagi ni, aku rasa sangat tenang..pagi yang sangat indah.. krn smlm hari yang sungguh indah bagi aku..aku mengharapkan agar kebahagiaan yg aku kecapi kini akan kekal smpailah aku menutup mata.. Ya allah, aku bersyukur dipertemukan dengannya. Aku banyak belajar erti kasih sayang, pengorbanan dan kesabaran. Dia banyak mengajar aku erti cinta sebenar. Terima kasih Ya Allah.. Aku tak mahu terluka lagi dan aku tak mahu membiarkan orang lain menyakiti hati aku. Cukuplah aku pernah merasa kesakitan dan kelukaan. Apapun, aku tak pernah menyesali sebuah perpisahan kerana tanpa perpisahan, tiadalah pertemuan.

Kepadamu yang mengerti, aku amat bertuah dipertemukan dengan dirimu... doa dipanjatkan pada Ilahi agar apa yang kita inginkan akan tercapai. Dan ianya berakhir dengan mahligai indah suatu saat nanti. Amin.

Rindu terlerai sudah

10 Februari

Aku happy sangat sebab dapat jumpa ngan adik aku..dah setahun lebih kitaorg tak jumpa..bila aku cuti, dia keje..bila dia cuti, aku lak tak cuti.. rindu sangat kat dia. bila dah lama tak jumpa, makin cantik adik aku ni.. putih melepak...bukan saja2 nk puji, tapi dia memang cantik pun. Aku pun tak tahu dia ikut baka mana...hehehe

Aku pelik sebab tak tahu nak cakap apa ngan dia..selalunya akan kecoh..tapi lain plak kali ni. Masing- masing diam je.. yang bestnya, dia belikan aku hadiah..mahal ..aku punyalah heppy sangat ..ye lah, klu harapkan aku, tak mampu aku nak beli. thanks..adikku. Aku syg semua adik- adikku.. aku tak pernah marah diorang apatah lagi berkasar. sebab tu lah, diorang hormat sangat ngan aku..bukan apa, aku tak nak didik adik- adik dengan kekasaran.

Akak sayang korang semua...MMMUUAAAHS

Monday, February 9, 2009

keje oh keje

7 Februari 2009

Minggu ni aku start keje kat koperasi kab..best sangat sbb aku mmg minat berniaga. boleh gak cari duit lebih. maklumlah, nk harapkan pt je mana nk cukup. bila dah keje ni, aku kena bijak uruskan masa. yelah, kan yg dikejar tak dapat , yg dikendong berciciran plak. So, aku kena pandai- pandailahlah bahagikan masa. Bermacam karenah student, kadangkala leh pening kepala. Ada yang ok, tp kalau dapat yang cerewet...aiii...tension dibuatnya. Tapi aku kena bersabar. Maklumlah, hati pelanggan kena jaga. Apa pun, aku happy keje . Tak penat sangat, cuma jadi cashier je. Sblm ni, aku pernah rasa keje yang lebih teruk lagi. Penat hanya Tuhan saja yang tahu. Takde kejer yg mudah . Tapi dari situlah kita akan menghargai nilai duit tu sendiri. Tak senang nak cari duit.